Kajian Pengesanan Graduan 2022.

Assalamualaikum WBT

Saudara/ Saudari

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman saudara/saudari, Kajian Pengesanan Graduan atau Tracer Study merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status graduan selepas menamatkan pengajian.

3. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas graduan berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan di UiTM.

4. Dapatan dari kajian ini dapat membantu UiTM untuk memperkukuhkan inisiatif kebolehpasaran graduan supaya selari dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pengajian Tinggi, yang visinya adalah ke arah graduan holistik dan seimbang dengan nilai kebolehpasaran global.

5. Kerjasama semua graduan amat dihargai dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap dan seterusnya dapat meningkatkan peratusan GE UiTM.

6. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon bantuan dan kerjasama saudara/saudari untuk membantu membuat hebahan mengenai perkara ini.

7. Imbas kod QR bagi mengisi SKPG 1: 
https://graduan.mohe.gov.my/SKPG/

Di atas segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Contact Us

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Seremban 3
Persiaran Seremban Tiga 1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
MALAYSIA

 Tel: +606-634 2024                                                                                                                             Tel: +606-634 2026  
 
Fax: +606-633 5815

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
Kampus Shah Alam
Universiti Teknologi MARA, 
40450 Shah Alam, Selangor, 
MALAYSIA

Tel: +603-55444174
Fax: +603-55444131


unitkorporatfsppp@uitm.edu.my

 

Modul Mobile