| Bil |
Nama Anugerah |
Kriteria Ringkas |
Cadangan Penerima |
Biografi Ringkas Penerima |
Gambar |
| 1 |
Anugerah Tokoh Alumni Perdana |
Pencapaian luar biasa dalam kerjaya, memberi impak besar kepada sektor dan masyarakat. |
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah |
Merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA yang dilantik berkuatkuasa 18 Januari 2021 dan telah ditamatkan pada 10 Februari 2023. Sebelum itu, beliau merupakan Naib Canselor kedua UiTM dari tahun 2001 hingga tahun 2010 lalu. Selain daripada itu, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia sebanyak 2 kali, iaitu pada 2014 hingga 2017 dan 2017 hingga 2020 yang lalu.
|
 |
| 2 |
Anugerah Tokoh Alumni Muda Cemerlang |
Alumni bawah 40 tahun dengan prestasi tinggi dan potensi kepimpinan. |
Encik Tuan Ahmad Fakhrunddin Bin Tuan Rosdi |
Encik Tuan Ahmad Fakhrunddin Bin Tuan Rosdi ialah alumni muda FSPPP yang cemerlang dalam perkhidmatan awam. Berumur 37 tahun, beliau kini berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sejak 2018. Sebelum itu, beliau bertugas di Jabatan Perdana Menteri (2014-2018).
Beliau menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Pegawai Berketerampilan, serta aktif dalam kegiatan sosial sebagai Pengerusi Pekerja Majlis Eresman dan Ketua Biro PASPA. Komitmennya menjadikan beliau inspirasi kepada generasi muda dalam membina kerjaya cemerlang dan berbakti kepada negara.
|
|
| 3 |
Anugerah Alumni Berjasa kepada FSPPP |
Sumbangan aktif kepada pembangunan FSPPP melalui tenaga, idea atau dana. |
Encik Mohd Amirul Ashraf bin Mazli |
En. Mohd Amirul Ashraf bin Mazli ialah alumni FSPPP yang bukan sahaja unggul dalam bidang profesional, malah aktif menyumbang kembali kepada fakulti sejak zaman mahasiswa hingga kini. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) FSPPP sesi 2011/2012, selain memegang pelbagai posisi kepimpinan di peringkat universiti termasuk Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan Pengerusi Non-Resident.
Sebagai seorang Setiausaha Syarikat berlesen (SSM) dan ahli profesional berdaftar (MIACS), beliau turut menyumbang kepakaran dalam memupuk budaya profesionalisme dalam kalangan pelajar dan graduan FSPPP melalui sesi perkongsian kerjaya dan pembangunan modal insan seperti DiCADSS, ASPAA Dialogue Series serta majlis anjuran institusi kerajaan dan UiTM sendiri. . Sumbangan berterusan beliau dalam menyokong agenda fakulti menjadikan beliau ikon alumni berjiwa besar yang patut dicontohi.
|
|
| 4 |
Anugerah Tokoh Alumni Citra Global |
Alumni FSPPP yang mengukir kecemerlangan di pentas antarabangsa melalui kerjaya profesional di luar negara. Mereka menonjol dengan kepimpinan unggul, sumbangan bermakna dalam bidang masingmasing, dan menjadi sumber inspirasi kepada fakulti serta generasi pelajar masa depan. |
Puan Zalili Binte Yunus |
Zalili Yunus merupakan seorang pakar tadbir urus korporat dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kesetiausahaan korporat di peringkat antarabangsa, termasuk di Singapura. Beliau mempunyai rekod cemerlang dalam pematuhan korporat, nasihat lembaga pengarah dan penglibatan pihak berkepentingan, melibatkan syarikat multinasional dan berkaitan kerajaan. Kini memegang jawatan kanan di Trusted Services, sebuah syarikat di bawah Temasek Management Services di Singapura, Zalili mengetuai pasukan yang menguruskan portfolio pelbagai syarikat berkaitan Temasek. Beliau juga berperanan sebagai Setiausaha Syarikat, memastikan pematuhan terhadap undangundang dan amalan tadbir urus terbaik.
Zalili memiliki kelayakan profesional dari Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA, UK) melalui pengajian di Institut Teknologi MARA (kini UiTM) dan merupakan ahli berdaftar di Chartered Secretaries Institute of Singapore (CSIS).
|
|
| 5 |
Anugerah Alumni Ikon Industri |
Berjaya dalam industri tertentu (korporat, undangundang, keusahawanan, dll.) |
Dr. Mohd Afiq Farhan bin Md Hanif |
Seorang Strategis Korporat berpengalaman lebih 15 tahun bersama GLC, Bank Negara Malaysia, dan syarikat multinasional di Malaysia dan Singapura. Beliau pernah berkhidmat di Sime Darby Plantation, Bank Negara, dan Damansara Holdings Berhad (DBhd) sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA Sdn Bhd pada 2023. Sepanjang kerjayanya, beliau terkenal dengan visi strategik, kepimpinan transformasi dan komitmen terhadap tadbir urus serat kesihatan awam.
|
|
| 6 |
Anugerah Tokoh Alumni Keusahawanan |
Membangunkan perniagaan sendiri dan memberi impak kepada komuniti atau ekonomi. |
Encik Azreen Osman |
Merupakan usahawan alumni merangkap Pengarah Urusan Melodi Corporate House Sdn Bhd yang merupakan Setiausaha Syarikat bumiputra di Setia Alam.
|
|
| 7 |
Anugerah Tokoh Alumni Pendidikan & Akademik |
Sumbangan signifikan dalam bidang akademik, penyelidikan atau kepimpinan institusi pendidikan. |
Prof. Dr. Jasmine Ahmad |
Prof. Dr. Jasmine Ahmad merupakan seorang tokoh akademik yang disegani dalam bidang pengurusan awam dan dasar. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), UiTM pada tahun 2018. Kini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor di University of Malaya Wales (UMW), memimpin agenda antarabangsa, akademik dan strategik universiti tersebut. Kepakaran beliau merangkumi dasar awam, tadbir urus, serta pembangunan institusi pengajian tinggi.
|
|
| 8 |
Anugerah Tokoh Alumni Kepimpinan Pentadbiran Awam |
Untuk alumni yang memegang jawatan tinggi seperti Ketua Setiausaha, Pengarah Jabatan, atau jawatan strategik dalam kementerian/agensi. |
Khairrul Aminus bin Kamaruddin |
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Selangor sejak tahun 2023. Beliau terkenal dengan ketegasan dan integriti tinggi dalam memperkukuh operasi penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin serta memperkasa kerjasama antara agensi kerajaan. Kepimpinannya mencerminkan komitmen terhadap keselamatan negara dan tadbir urus awam yang cekap.
|
|
| 9 |
Anugerah Tokoh Alumni Sukarelawan & Komuniti |
Aktif dalam NGO, kebajikan, diplomasi atau kesukarelawanan |
Encik Syed Nizamuddin bin Sayed Khassim |
Seorang penganalisa geopolitik, pengarang dan kolumnis Malaysia untuk New Straits Times, South China Morning Post dan Berita Harian. Beliau juga merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik dalam Kerajaan Malaysia . Beliau merupakan pengasas bersama MyDiplomacy (https://www.diplomacymy.com/) sebuah inisiatif diplomatik belia Malaysia.
|
|
| 10 |
Tokoh Alumni Profesional Pentadbiran Awam |
Alumni berjawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan, menunjukkan kepimpinan berwibawa, berintegriti, dan menyumbang signifikan kepada tadbir urus negara. |
Encik Mohd Hidayat bin Mohd Sauffi |
Encik Mohd Hidayat bin Mohd Sauffi berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, memegang peranan strategik dalam mengurus hal ehwal pentadbiran tertinggi pejabat Menteri Besar. Beliau memainkan peranan penting dalam menyelaras urusan rasmi, komunikasi sulit, serta mendukung kelancaran pengurusan dasar dan hubungan antara jabatan serta agensi kerajaan negeri. Kepimpinan beliau mencerminkan profesionalisme, integriti dan komitmen tinggi dalam perkhidmatan awam
|
|