PENGISIAN PROGRAM

Sesi perkongsian maklumat dari Alumni FSPPP Cik Nurhaina Mohd Azmi yang bertugas sebagai Executive (Capability Management) Human Resource Management, PETRONAS Dagangan Berhad KLCC sebagai panduan untuk menghadiri latihan praktikal bagi Pelajar Semester 5 Ijazah Pentadbiran Korporat (AM225) dan Sarjana Pentadbiran Alam Sekitar (AM226) Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

 

Seramai 150 peserta yang terdiri dari pelajar semester 5 Ijazah Pentadbiran Korporat (AM225) dan Sarjana Pentadbiran Alam Sekitar (AM226) Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi menyertai program ini termasuklah 5 orang pensyarah dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP).

 

Program ini di mulakan dengan sedikit pengenalan mengenai latihan praktik oleh Encik Muhammad Faiz Ismail selaku Koordinator Latihan Praktik sebagai Moderator mengendalikan sesi soal jawab bersama para pelajar. Program ini telah dijalankan selama dua jam setengah dengan konsep sharing session dari penceramah kepada para pelajar dengan mendedahkan pengalaman penceramah di dalam mengendalikan latihan praktik dan memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar mengenai tatacara yang perlu para pelajar ikuti sebelum, sepanjang dan selepas menjalani latihan praktik.

 

Di samping itu juga, para panel memberi motivasi kepada pelajar untuk memberikan perkhidmatan cemerlang semasa menjalani latihan praktik. Program ini menjadi landasan perkongsian maklumat dan pengalaman dari alumni fakulti yang berkhidmat sebagai pegawai di bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai pemangkin semangat dan membina jati diri dikalangan pelajar AM225 & AM226 semester 5 khususnya dalam mempersiapkan diri sebelum menjalani latihan praktikal di hujung semester 5 kelak. Sesi ini telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan dikalangan pelajar terutama di dalam sesi perkongsian dan sesi soal jawab bersama penceramah.