Print
Student News & Events 2019
Hits: 103

PENGISIAN PROGRAM

Sesi perkongsian maklumat dari 2 orang Alumni FSPPP iaitu sebagai Puan Norfadziatul Izwa Binti Farouk Shah yang bertugas sebagai Manager BSO Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka dan panel yang kedua adalah Encik Umar Nurfitri Baharudin Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Cawangan Special Unit for High Potential and SME (SUPREME) sebagai panduan untuk menghadiri latihan praktikal bagi pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Panel pertama ialah Program ini di mulakan dengan sedikit pengenalan mengenai latihan praktik oleh Puan Nurul Nadia Abu Hassan selaku Koordinator Latihan Praktik sebagai Moderator yang mengendalikan sesi forum perbincangan panel bersama para pelajar.

Seramai 250 perserta yang terdiri dari pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (dengan kepujian) (AM228) menyertai program ini termasuklah 10 orang pensyarah dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP). 

Program ini telah dijalankan selama dua jam setengah dengan konsep sharing session dari panel kepada para pelajar dengan mendedahkan pengalaman mereka di dlam mengendalikan latihan praktik di bahagian masing-masing dan memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar mengenai tatacara yang perlu para pelajar ikuti sebelum, sepanjang dan selepas menjalani latihan praktik. Di samping itu juga, para panel memberi motivasi kepada pelajar untuk memberikan perkhidmatan cemerlang semasa menjalani latihan praktik.

Program ini menjadi landasan perkongsian maklumat dan pengalaman dari alumni fakulti yang berkhidmat sebagai pegawai di bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai pemangkin semangat dan membina jati diri dikalangan pelajar AM228 semester 5 khususnya dalam mempersiapkan diri sebelum menjalani latihan praktikal di hujung semester kelak. Sesi ini telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan dikalangan pelajar dan panel terutama di dalam sesi perkongsian dan soal jawab.