Bengkel Halatuju Keusahawanan UiTM bersama Koordinator Keusahawanan Seluruh Sistem UiTM telah diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2020 di Hotel Dash Box, Cyberjaya. Bengkel ini membincangkan berkenaan pencapaian tahun 2019 dan perancangan prestasi tahun 2020. Seramai 15 Koordinator Cawangan, 23 orang Koordinator Fakulti, dan 15 anggota MASMED telah hadir untuk menjayakan bengkel ini.