Anugerah Alumni

Bil Nama Anugerah Kriteria Ringkas Cadangan Penerima Biografi Ringkas Penerima Gambar
1 Anugerah
Tokoh Alumni
Perdana
Pencapaian luar
biasa dalam kerjaya,
memberi impak
besar kepada sektor
dan masyarakat.
Prof.
Emeritus Tan
Sri Dato' Seri
Dr. Ibrahim
Shah Abu Shah

Merupakan mantan Pengerusi
Lembaga Pengarah Universiti
Teknologi MARA yang dilantik
berkuatkuasa 18 Januari 2021 dan
telah ditamatkan pada 10 Februari
2023. Sebelum itu, beliau
merupakan Naib Canselor kedua
UiTM dari tahun 2001 hingga
tahun 2010 lalu. Selain daripada
itu, beliau pernah dilantik sebagai
Ahli Dewan Negara
Malaysia sebanyak 2 kali, iaitu
pada 2014 hingga 2017 dan 2017 hingga 2020 yang lalu.

2 Anugerah
Tokoh Alumni
Muda
Cemerlang
Alumni bawah 40
tahun dengan
prestasi tinggi dan
potensi kepimpinan.
Encik Tuan
Ahmad
Fakhrunddin
Bin Tuan Rosdi

Encik Tuan Ahmad Fakhrunddin
Bin Tuan Rosdi ialah alumni muda
FSPPP yang cemerlang dalam
perkhidmatan awam. Berumur 37
tahun, beliau kini berkhidmat
sebagai Penolong Setiausaha
Bahagian Dasar dan Perhubungan
Korporat di Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam Malaysia
sejak 2018. Sebelum itu, beliau
bertugas di Jabatan Perdana Menteri (2014-2018).

Beliau menerima pelbagai
pengiktirafan termasuk Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang dan
Anugerah Pegawai
Berketerampilan, serta aktif dalam
kegiatan sosial sebagai Pengerusi
Pekerja Majlis Eresman dan Ketua
Biro PASPA. Komitmennya
menjadikan beliau inspirasi
kepada generasi muda dalam
membina kerjaya cemerlang dan berbakti kepada negara.

 
3 Anugerah
Alumni
Berjasa
kepada FSPPP
Sumbangan aktif
kepada
pembangunan
FSPPP melalui
tenaga, idea atau dana.
Encik Mohd
Amirul
Ashraf bin Mazli

En. Mohd Amirul Ashraf bin Mazli
ialah alumni FSPPP yang bukan
sahaja unggul dalam bidang
profesional, malah aktif
menyumbang kembali kepada
fakulti sejak zaman mahasiswa
hingga kini. Beliau pernah
menjawat jawatan sebagai
Presiden Sekretariat Mahasiswa
Fakulti (SMF) FSPPP sesi
2011/2012, selain memegang
pelbagai posisi kepimpinan di
peringkat universiti termasuk Ahli
Majlis Perwakilan Pelajar dan
Pengerusi Non-Resident.

Sebagai seorang Setiausaha
Syarikat berlesen (SSM) dan ahli
profesional berdaftar (MIACS), beliau turut menyumbang
kepakaran dalam memupuk budaya profesionalisme dalam
kalangan pelajar dan graduan
FSPPP melalui sesi perkongsian
kerjaya dan pembangunan modal
insan seperti DiCADSS, ASPAA
Dialogue Series serta majlis
anjuran institusi kerajaan dan
UiTM sendiri. . Sumbangan
berterusan beliau dalam
menyokong agenda fakulti
menjadikan beliau ikon alumni
berjiwa besar yang patut dicontohi.

 
4 Anugerah
Tokoh Alumni
Citra Global
Alumni FSPPP yang
mengukir
kecemerlangan di
pentas
antarabangsa
melalui kerjaya
profesional di luar
negara. Mereka
menonjol dengan
kepimpinan unggul,
sumbangan
bermakna dalam
bidang masingmasing, dan menjadi
sumber inspirasi
kepada fakulti serta generasi pelajar masa depan.
Puan Zalili
Binte Yunus

Zalili Yunus merupakan seorang
pakar tadbir urus korporat dengan
pengalaman lebih 20 tahun dalam
bidang kesetiausahaan korporat di
peringkat antarabangsa, termasuk
di Singapura. Beliau mempunyai
rekod cemerlang dalam
pematuhan korporat, nasihat
lembaga pengarah dan penglibatan
pihak berkepentingan, melibatkan
syarikat multinasional dan
berkaitan kerajaan. Kini memegang
jawatan kanan di Trusted Services,
sebuah syarikat di bawah Temasek
Management Services di Singapura,
Zalili mengetuai pasukan yang
menguruskan portfolio pelbagai
syarikat berkaitan Temasek. Beliau
juga berperanan sebagai
Setiausaha Syarikat, memastikan pematuhan terhadap undangundang dan amalan tadbir urus
terbaik.

Zalili memiliki kelayakan
profesional dari Institute of
Chartered Secretaries and
Administrators (ICSA, UK) melalui
pengajian di Institut Teknologi
MARA (kini UiTM) dan merupakan
ahli berdaftar di Chartered
Secretaries Institute of Singapore (CSIS).

 
5 Anugerah
Alumni Ikon
Industri
Berjaya dalam
industri tertentu
(korporat, undangundang,
keusahawanan, dll.)
Dr. Mohd
Afiq Farhan
bin Md Hanif

Seorang Strategis Korporat berpengalaman lebih 15 tahun
bersama GLC, Bank Negara
Malaysia, dan syarikat
multinasional di Malaysia dan
Singapura. Beliau pernah
berkhidmat di Sime Darby
Plantation, Bank Negara, dan
Damansara Holdings Berhad
(DBhd) sebelum dilantik sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA
Sdn Bhd pada 2023. Sepanjang
kerjayanya, beliau terkenal dengan
visi strategik, kepimpinan
transformasi dan komitmen
terhadap tadbir urus serat kesihatan awam.

 
6 Anugerah
Tokoh Alumni
Keusahawanan
Membangunkan perniagaan sendiri
dan memberi impak
kepada komuniti
atau ekonomi.
Encik Azreen
Osman

Merupakan usahawan alumni merangkap Pengarah Urusan
Melodi Corporate House Sdn Bhd
yang merupakan Setiausaha
Syarikat bumiputra di Setia Alam.

 
7 Anugerah
Tokoh Alumni
Pendidikan &
Akademik
Sumbangan
signifikan dalam
bidang akademik,
penyelidikan atau
kepimpinan institusi
pendidikan.
Prof. Dr.
Jasmine
Ahmad

Prof. Dr. Jasmine Ahmad
merupakan seorang tokoh
akademik yang disegani dalam
bidang pengurusan awam dan
dasar. Beliau pernah menjawat
jawatan sebagai Dekan Fakulti
Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi (FSPPP), UiTM pada tahun
2018. Kini, beliau berkhidmat
sebagai Timbalan Naib Canselor di
University of Malaya Wales
(UMW), memimpin agenda
antarabangsa, akademik dan
strategik universiti tersebut.
Kepakaran beliau merangkumi
dasar awam, tadbir urus, serta
pembangunan institusi pengajian tinggi.

 
8 Anugerah
Tokoh Alumni
Kepimpinan
Pentadbiran Awam
Untuk alumni yang
memegang jawatan
tinggi seperti Ketua
Setiausaha,
Pengarah Jabatan,
atau jawatan
strategik dalam
kementerian/agensi.
Khairrul
Aminus bin
Kamaruddin

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri
Selangor sejak tahun 2023. Beliau
terkenal dengan ketegasan dan
integriti tinggi dalam
memperkukuh operasi
penguatkuasaan terhadap
pendatang tanpa izin serta
memperkasa kerjasama antara
agensi kerajaan. Kepimpinannya
mencerminkan komitmen
terhadap keselamatan negara dan tadbir urus awam yang cekap.

 
9 Anugerah
Tokoh Alumni
Sukarelawan &
Komuniti
Aktif dalam NGO,
kebajikan, diplomasi
atau
kesukarelawanan
Encik Syed
Nizamuddin
bin Sayed
Khassim

Seorang penganalisa geopolitik,
pengarang dan kolumnis Malaysia
untuk New Straits Times, South
China Morning Post dan Berita
Harian. Beliau juga merupakan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik
dalam Kerajaan Malaysia . Beliau
merupakan pengasas bersama
MyDiplomacy
(https://www.diplomacymy.com/)
sebuah inisiatif diplomatik belia Malaysia.

 
10 Tokoh Alumni
Profesional
Pentadbiran
Awam
Alumni berjawatan
tinggi dalam
pentadbiran
kerajaan,
menunjukkan
kepimpinan
berwibawa,
berintegriti, dan
menyumbang
signifikan kepada
tadbir urus negara.
Encik Mohd
Hidayat bin
Mohd Sauffi

Encik Mohd Hidayat bin Mohd
Sauffi berkhidmat sebagai Ketua
Setiausaha Sulit kepada YAB Dato’
Menteri Besar Selangor, memegang
peranan strategik dalam mengurus
hal ehwal pentadbiran tertinggi
pejabat Menteri Besar. Beliau
memainkan peranan penting
dalam menyelaras urusan rasmi,
komunikasi sulit, serta mendukung
kelancaran pengurusan dasar dan
hubungan antara jabatan serta
agensi kerajaan negeri.
Kepimpinan beliau mencerminkan
profesionalisme, integriti dan
komitmen tinggi dalam
perkhidmatan awam

 

Contact Us

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI 
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Seremban
Persiaran Seremban Tiga/1, Seremban 3
70300 Seremban, Negeri Sembilan
MALAYSIA

Tel: +606-634 2000 / 2024 
Fax: +606-633 5815

 

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor, 
MALAYSIA

Tel: +603-5544 4158
Fax: +603-5544 4131

unitkorporatfsppp@uitm.edu.my

 

 

Exam Info